Description
Oleh Firdaus Yahya
Secara Lafzhiyyah-- Juzuk 1
Buku ini mengandungi terjemahan surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah dalam bahasa Melayu moden. Ia juga:
- menterjemahkan setiap perkataan ke bahas Melayu. Ini membantu pembaca mempelajari bahasa Arab dan memudahkan proses menghafal ayat-ayat Al-Qur'an
- mengandungi sebab-sebab turunnya ayat-ayat tertentu (asbabun nuzul)
- kelebihan surah Al-Fatihah dan Al-Baqarah
- ikatan antara surah Al-Fatihah dan Al-Baqarah
- kandungan sudah Al-Fatihah dan Al-Baqarah
Secara Lafzhiyyah-- Juzuk 2
Buku ini merupakan sambungan bagi Terjemahan Al-Furqan Secara Lafzhiyyah Juzuk 1. Ia disertakan bersama sebab-sebab penurunan beberapa ayat hukum, sekaligus memberikan latar belekang pensyari'atan hukum tersebut. Selain itu, buku ini juga memuatkan yang berikut:
- perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh pembaca Al-Qur'an
- sejarah ringkan Imam'Asim dan kedua-dua perawinya
Secara Lafzhiyyah-- Juzuk 3
Buku ini mengandungi terjemahan surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran dalam bahasa Melayu moden. Ia juga:
- menterjemahkan setiap perkataan ke bahasa Melayu. Ini membantu pembaca untuk mempelajari bahasa Arab dan memudahkan proses menghafal ayat-ayat Al-Qur'an
- mengandungi sebab-sebab turunnya ayat-ayat tertentu (asbabun nuzul)
- kelebihan Ali Imran
- ikatan antara surah Al-Baqarah dan Ali Imran
- kandungan surah Al-Imran
Secara Lafzhiyyah-- Juzuk 30
Buku ini mengandungi terjemahan Al-Qur'an juzuk 30 secara lafzhiyyah. Setiap ayat bukan sahaja diterjemahkan kepada bahasa Melayu moden, bahkan setiap perkataan diberikan makna Melayunya. Selain dari itu, buku ini juga mengandungi perkara berikut:
- bahagian pengenalan kepada bahasa Arab untuk memudahkan pembaca mempelajari dan mengenali bahasa Arab melalui Al-Qur'an
- bahagian Ulum Al-Qur'an, iaitu perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh setiap Muslim tentang Al-Qur'an
- mengandungi sebab-sebab turunnya ayat-ayat tertentu (asbabun nuzul)
- menerangkan kelebihan, ikatan dan kandungan setiap surah dalam juzuk 30