Description
Buku ini adalah hasil bacaan dari beberapa buku Thurats atau kitab klasik berbahasa Arab, seperti Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir At-Thobary, Tafsir Jalalain dan Syarahnya (Tafsir Al-Showi), juga kitab yang lain. Ia kemudian diolah dan disarikan dalam bentuk bahasa yang ringkas dan disesuaikan dengan keadaan masa kini, agar sesuai untuk bacaan ringan di Facebook dan Whatsapp, sehingga tiada disertakan catatan kaki dari mana sumber tulisan itu didapatkan.
Ustaz M Zuhal A Lathif
Dilahirkan di Kudus, Jawa Tengah Indonesia pada 28 Julai 1970 Pendidikan Madrasah lbtidaiyyah, Tsanawiyyah dan Aliyah di Qudsiyyah Kudus.
Graduan Sarjana Mud Pengajian Ushuluddin Bidang Tafsir Al-Quran di Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir (2000-2004).
Pernah bertugas sebagai Imam Eksekutif di Masjid Mujahidin, Stirling Road, Singapore (2005-2007) juga Hakim Tilawah Kebangsaan MUIS (2006-2007).
Sebagai penulis tamu pada kolom Hikmah juga Firman & Tafsir di Berita Harian (BH, 2009-2013).
Pensyarah separuh masa bidang Ilmu Al-Quran di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri.
Mengajar Kelas Tafsir (Bahasa Al-Quran), Al-Quran dan Qiraat.