Kadang kala bila kita dalam kerumitan
Rasa semuanya bagai penghujung jalan
Ketahui di situlah datangnya bantuan
Yang merubah hidup tanpa kita sangkakan
Kerana bila kita terima & redha dengan ujian
Itulah tahap di mana nasib bertukar haluan
Di situ pintu terbuka luas terbentang
Keadaan yang mulanya gelap berubah terang
Jangan kita cepat putus harapan
Kerana setiap sangkaan menjadi kenyataan