Apakah erti usaha yang baik?
Usaha yang rajin dengan niat yang baik
Walau kecil sering dilakukan hingga kesannya naik
Tiada mencuri, usahanya murni, tenangnya asyik
Tiada muslihat, tidak subahat, nasihat berbisik
Langkahnya ikhlas, budinya kelas
Tiada memijak orang lain, bicara teralas
Usaha untuk keluarga, bukan sesiapa
Hati mesti gembira
Kerana pulang ke rumah, terjaga ibadah, semua terasa mudah
Apakah erti usaha yang baik?
Usaha yang meningkat walau orang tidak melihat, amanah sentiasa terikat
1 comment
Luthfi Suib
penulisan yang bagus. salam kenal